Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pelancaran kitab ke-11 karya Dr. Muhammad Tijani berlangsung di Syiraz dengan kehadiran penulisnya. Pengarah Perhubungan Awam, Waqaf dan Urusan Luar daerah Fars Mustafa Za'idi berkata, "Kitab ini yang berjudul 'Yang terawal ditindas' menceritakan peristiwa Saqifah dan apa yang terjadi setelah itu dilengkapi dengan dialog beliau bersama ulama Ahlusunnah di berbagai negara.
Dr. Muhammad Tijani telah diundang oleh Pengarah Perhubungan Awam, Waqaf dan Urusan Luar daerah Fars dan Komuniti Mutawassulan Syuhada Karbala Masjid Haji Abbas, Syiraz untuk menghadiri program ceramah dan dialog. Beliau telah memenuhi hampir 15 undangan untuk menjadi panel forum dan dialog bersama berbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari ahli akademik Universiti.
Sarjana Syiah dari Tunisia ini telah menulis 11 buku mengenai Syiah di antaranya ialah 'Akhirnya ku temukan kebenaran', 'Tanyalah ahli Zikr' dan 'Syiah Ahlusunnah yang sebenar'.
Sayyid Muhammad Tijani as-Samawi tergolong daripada sarjana Islam yang telah berkecimpung dan berbakti lebih 35 tahun dalam penelitian tentang mazhab Sunni dan Syiah. Dianggarkan lebih dari 2 juta orang menerima Syiah setelah membaca hasil tulisan tangan beliau.